Oct 15, 2014

Q & A yg selalu org tanye pasal Tabita Skincare...


meh bace...jgn malas...
nak cantik tak bleh malas-malas okehhh

Soalan : Apa barang dalam size Trial, Set Regular & Exclusive. 
Jawapan : Barang dia semua sama. Apa yang ada dalam set Exclusive, barang yang sama ada dalam set Regular ataupun Trial. Beza dia kuantiti gram dengan ml je.

Soalan : Berapa lama mengelupas?
Jawapan : Bergantung jenis kulit masing-masing. Kebiasaannya akan mengelupas dalam tempoh 2 minggu. Tapi ada yang mengelupas sampai sebulan. Ada yang sekejap mengelupas, sekejap tak. Ada yang langsung tak mengelupas. Semua bergantung pada jenis kulit. Jangan risau kalau tak mengelupas. Pakai je jangan skip walau sehari.

Soalan : Pedih sangat ke?
Jawapan : Kalau korang ada luka jerawat memang akan pedih. Biasa la tu. Luka kalau kena air biasa pun akan pedih. Dan kalau kulit kering pun korang akan rasa pedih. Tapi pedih tu tak kekal. Mungkin seminggu dua, selagi kulit korang mengelupas korang akan rasa pedih sikit2. Tapi bila dah tak mengelupas, luka jerawat dah tak ada. Kulit dah tak pedih. Kalau korang rasa tak tahan sangat masa apply toner tu, cadangan aku adalah..korang pakai toner tu selang sehari. Tapi jangan berhenti terus. In case kalau tak tahan la. kalau tahan teruskan je pakai.

Soalan : Kulit gatal-gatal la. Tak sesuai dengan saya ke?
Jawapan : Bila kulit kering, memang akan automatik gatal. Bila kulit mengelupas pun kita akan rasa gatal2. Tapi jangan garu. Korang boleh tekan pakai tissue basah. Kalau rasa merenyam tu, korang tepuk2 sikit je. Teruskan pakai.

Soalan : Kenapa kulit putih tak sekata. Macam tompok-tompok panau.
Jawapan : Ada certain orang yang dia putih tak sekata. Bila sebulan pakai pun still nampak tompok2. Mengikut pengalaman beberapa customer. Dorang still pakai sampai bulan ke 2. Lama-lama kulit tu akan sekata. Jadi, teruskan je pakai.


Soalan : Lepas solat nak kena pakai balik tak krim semua.
Jawapan : Tak perlu pun takpe. Yang penting korang pakai setiap pagi dengan malam. Lepas solat Zohor dengan Asar tu taknak pakai pun takpe. Tapi kalau rasa kulit kering, nak pakai krim balik pun boleh..


Soalan : Boleh campur2 tak product lain dengan product tabita. Contoh pagi nak pakai krim tabita, malam nak pakai krim lain.
Jawapan : Kalau boleh jangan campur. Sebab nanti korang tak dapat resutl yang sepatutnya korang dapat. Sekurang-kurangnya guna full set tabita selama 3 bulan. Lepas tu korang nak campur ke apa terpulang. Tapi kalau ada masalah lain, jangan tanya aku lagi ye.... Aku tak tau korang campur dengan apa.


Soalan : Tabita ni selamat ke tak? Tengok ada info kat website **** keratan akhbar ada tulis Tabita tak selamat. Macam mana tu?
Jawapan : Keratan akhbar tu tak silap  dah lama. Bulan April 2013. Mengikut kata supplier aku, sebab masa tu aku belum jual tabita. Keratan akhbar tu cuma superimpose. Dan kalau beli paper tarikh yang sama. Memang tak ada langsung keratan tentang tu. Sebab tu info tu hanya keluar kat website. Dan semua orang cuma share 1 gambar yang sama. Tapi logik jugak, sebab kalau betul keluar paper, mesti dah ramai gila orang snap pic and share. Orang Malaysia kan memang suka share. Plus, gambar bekas tabita yang ada dalam keratan akhbar tu tak pernah wujud pun. Gambar pun dah tau itu produk fake. Tapi terpulang korang nak percaya desas desus.


Soalan : Berapa lama nak nampak kesan?
Jawapan : Normal 3 minggu penggunaan akan nampak kesan. Jangan tinggal 1 step pun. Tapi ada yang sebulan lebih baru nampak kesan. Ada yang seminggu dua dah nampak kesan. Bergantung pada kulit masing-masing.


Soalan : Saya dah pakai sebulan, tapi tak mengelupas, tak pedih, tak nampak apa-apa perubahan pun.
Jawapan : Sebenarnya full treatment untuk kulit adalah 3 bulan. Jadi korang teruskan pakai untuk 3 bulan. Jarang sangat la tak ada kesan. Sekurang-kurangnya mesti ada perubahan kat warna kulit, atau kulit makin smooth, atau jeragat makin pudar. Kecuali kalau korang dah guna 3 bulan dan rasa takde perubahan. Mungkin tak sesuai dengan kulit korang. Tapi buat masa ni, belum ada lagi yang guna 3 bulan and kata takde perubahan. Rata-rata customer semua kata ada perubahan.


Soalan : Jeragat boleh hilang tak?
Jawapan : Kalau jeragat baru, insyaallah akan pudar dengan cepat. Kalau jeragat yang dah lama tu, memang ambik masa sikit. Nak tak nak korang kena lah sabar. Teruskan pakai.


Soalan : Saya takda masalah jerawat atau masalah kulit. Cuma kulit saya kusam. Boleh tak pakai tabita?
Jawapan : Boleh sangat.!! Tabita ni memang untuk masalah kulit kusam. Untuk kulit tak sekata, memang elok sangat pakai tabita.


Soalan : Saya dah pakai tabita sebulan dua, jerawat memang dah kurang timbul, tapi parut jerawat masih ada. Berapa lama agaknya baru parut ni hilang?
Jawapan : Tabita ni memang membantu jugak dalam masalah jerawat. Tapi bukan kata kalau pakai tabita ni jerawat langsung tak ada. Jerawat akan ada cuma berkurang la. Parut jerawat memang ambik masa jugak lagi-lagi parut lama. Semua memerlukan kesabaran. Takkan la parut 5 tahun boleh hilang dalam sebulan dua. Jadi korang kena teruskan pakai.


Soalan : Kulit saya kering/berminyak la pakai tabita ni. Kenapa ye?
Jawapan : Kulit kita ni berlainan jenis. Ada tahap yang bila liang pori kite terbukak, masa tu la minyak semua akan keluar. Dan kalau liang pori tertutup masa tu kulit kita akan sangat kering. Sebab tu pentingnya cara guna tabita dengan betul.


Soalan : Macam mana cara nak pakai tabita dengan betul?
Jawapan. 1. Cuci muka dengan sabun tabita. Bilas dengan air sampai bersih. Jangan kering/lap kan muka.
2. Titiskan 4 5 titis smooth lotion ke kapas, ratakan ke seluruh muka (muka dalam keadaan basah). Jangan sapu, tapi tepuk perlahan-lahan).
3. Dalam keadaan muka lembap, sapu/ratakan krim pagi/malam ke wajah.


Soalan : Nak pakai mekap boleh?
Jawapan : Tak boleh ye. 3 bulan tak boleh pakai mekap. Nak cantik kena la berkorban sikit. Kalau korang nak result yang kebabom. Sila jangan pakai mekap. lagi-lagi foudation/bedak. Lisptick dengan eye liner boleh la. Selepas 3 bulan, korang memang dah tak nak pakai mekap dah, sebab memang dan cantik gila kot kulit korang. Hahaha! Sapa yang nak pakai jugak tu, jangan la pelik kalau result dia tak sama macam orang lain. Orang lain pantang mekap, tu sebab la kulit dorang cantik. Gitu.



No comments:

I WARN!!

i have no intention to show off or provoke anyone in any matter.
jika anda terase dgn ayat2 yg dikeluarkan, please feel free to leave frm here....
diz is our life/ my own blog....diingatkan
DO NOT
ever copycat the idea of my backdated articles/photos WITHOUT my permission please...
if u'r posting any backdated entry of mine on u'r latest post..please keep my link credited..
Just be nice...

Happy reading...!!