Feb 24, 2016

kengkawan lama

entah bile kejadian tak ingat. pegi berdatim dgn bebudak gonjeng.
macam biaselah bebudak ni kalu berjanji. meeeeemang janji melayu.
kalu kate pukol 8 malam musti lajak 1 jam punye. ceceh ke pukol 9 malam.
dah lali. maka bile dah lewat, maka perjumpaan pon jadi sekejap.
tapi tak kesahla. yang penting dapat jumpe.chit chat.update diri memasing.cite pasal faimily....
dan sikit gosip la pastinye!

since yus bawak anak2 dia. better venue kite pilih indoor la.
tak sesuai untuk embun malam.
maka tempat kat jasko.
ingat nak lepak kat arena aje. bole la makan sekali kat situ.
tapi si babat & arin sampai kol 9, arena pon dah tamo masak.
maka ke kfc la kite.
aku, babat & arin pon belom dinner.so mohla kite.
makan2..kah sane kah sini dah pukol 10.30.
budak2 kfc pon dah jeling2...angkat kusi ltk ats meja.
nak halau agaknye tak sampai hati.
maka gunela psikolgi utk halau kiteorg.

maka bergerak la kami.
tapi geraknye tak kemane pon.just depan kfc aje.
kihkihkih....
selagi jasko tak katop...selagiiii tule ko tak reti bergerek kennnn








snap sana snap sini...dekat pukol 11 jugak la baru gerak.
nanti jumpe lagi ye korang!!!




Feb 2, 2016

Menangani Anak Yang Malas Belajar

hadif dia punye kerajinan ade time.
kalu mood ok maka tahap kerajinan dia pon ok.
bile kite suruh ok aje jawapan dia.siap tanye berape page nak ke study. kalu aku kate ok la 5 pages aje.
ok saye buat sampai 10 pages ye mama. ituuu kalu mood baek la.
kalu dtg mood dia ke laut.
dia punye merentan macam aku nak suruh pergi terjun bangunan dia punye taknak. buat tetap la kene buat of coz. tapi sambil mengomel la mulut dia.
baihhh baru 7 tahun dah begitu.
ok tanak bayangkan kalu dah naek menengah nanti!

so far dedek dia banyak ikot kelaku abam. dan of coz yg diikut tu yg malas.
banyak amat songeh.
banyak alasan.
pon same buat tetap kene buat tapi macam2 la..tergeliat sane sini.gatal tangan gatal kaki gatal rambut gatal semua-semua la!

maka aku nak tepek-kan kt belog ni utk rujukan aku sendiri dan share same korang.

**catatan bawah ni kredit to ==> - POWER PARENTING
Hakcipta Harta Intelek:  Segala bahan dan kandungan adalah Hakcipta MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.


"Ramai ibu bapa yang mahu anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan.  Namun masalah yang paling besar ialah memastikan anak-anak rajin belajar dan siap kerja sekolahnya.  Masalah malas belajar bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah.  Cuma ibu bapa perlu sabar dalam pendekatannya bagi menjadikan anak-anak mereka seronok dan rajin belajar.  Berikut adalah beberapa tips bagi merangsang anak rajin belajar.

  1. Anak malas belajar sebab mereka tidak tahu atau tidak sedar akan kepentingan pelajaran dan kesannya terhadap masa depan mereka.  Sebab itulah ramai anak-anak apabila ditanya apa cita-citanya, mereka akan keliru, tidak tahu atau tidak pasti.  Kalau mereka sebut pun cita-citanya, itu adalah sekadar di mulut sahaja.  Dia tidak benar-benar mengetahui dan mendalaminya.  Anak-anak apabila tiada matlamat dan hala tuju maka hilanglah salah satu faktor pendorong utamanya bagi belajar bersungguh-sungguh.  (Rujuk semula KELAS 6 yang lalu)
  1. Anak-anak lebih suka bermain dan berseronok.  Bagi mereka belajar itu itu membosankan.  Sebab itulah ibu bapa perlu jadikan belajar itu sesuatu menyeronokkan.  Usah memaksa anak belajar berjam-jam sebaliknya manfaatkan masa belajar dalam tempoh masa yang pendek tetapi berterusan.  Misalnya, belajar selama tiga puluh minit sebanyak tiga kali sehari lebih berkesan daripada belajar terus selama satu setengah jam.  Keseronokan belajar akan terbit apabila anak mula memahami apa yang dipelajari dan menguasai pelajaran dengan baik.  Oleh itu jika anak memerlukan bantuan untuk memahami dan menguasai pelajarannya maka bantulah dengan mengajarnya sendiri atau menghantarnya ke kelas tuisyen.  Tidak semua subjek anak perlukan bantuan oleh itu lihatlah subjek mana satu yang lemah.
  1. Tingkatkan skil belajar anak.  Anak-anak akan lebih seronok belajar apabila apa yang dibacanya faham, yang dihafalnya ingat, soalan yang latih dapat dijawab dan sebagaiinya.  Bagi mencapai tahap yang sebegitu mereka perlukan kemahiran belajar.  Kemahiran belajar ini boleh diperolehi melalui buku-buku atau hadir ke program motivasi.  Biasanya anak-anak akan belajar ikut cara mereka sendiri.  Cara yang mereka gunakan itu belum tentu berkesan dan terbaik.  Sebab itulah ibu bapa perlu dedahkan anak-anak mereka dengan kemahiran belajar yang betul.
  1. Tegas dalam mendisiplinkan mereka.  Disebabkan takut bertegas maka ramai ibu bapa gagal mendisiplinkan anak-anak mereka agar belajar mengikut jadual.  Anak-anak tidak hormati waktu belajar malah tidak bersungguh-sungguh ketika belajar.  Anak-anak akan lebih cemerlang apabila ibu bapa tegas memastikan semua kerja sekolah disiapkan dan ulangkaji dilakukan secara konsisten.  Tegas dalam soal belajar tidak membuatkan anak-anak hilang rasa hormat.  Asal sahaja dalam soal lain kita lebih bertolak ansur seperti waktu menonton televisyen, bermain, berkawan dan sebagainya.  Anak-anak akan faham bahawa apabila tiba waktu belajar, ibu bapanya tidak akan bertolak ansur dengan sikap yang main-main.
  1. Semak beg dan buku sekolah mereka.  Perkara mudah ini perlu dilakukan sebab ada ketikanya anak sering mengatakan yang dia tiada kerja atau tugasan yang diberikan oleh guru.  Dengan menyemak beg sekolah anak maka kita dapat mengetahui apa yang berlaku di sekolah.  Ada ketikanya guru menanda atau mencatat sesuatu dalam buku anak dengan tujuan ibu bapa menyemaknya.  Usah terkejut sekiranya kita mungkin menemui pelbagai bahan yang tidak sepatutnya dibawa oleh anak seperti rokok, pemetik api, bahan lucah dan sebagainya.  Dengan menyemak beg, anak tahu kita memang ambil berat dan ambil tahu apa yang dilakukan olehnya.
  1. Menjaga hubungan yang baik dengan guru dan pihak sekolah.  Sebagai ibu bapa, cuba cari peluang merapatkan diri dengan pihak sekolah.  Hadir di mesyuarat PIBG.  Ambil peluang pada hari bertemu guru.  Hulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk wang, tenaga, masa atau buah fikiran.  Elakkan dari sentiasa mengkritik dan mencari salah guru.  Jika ada sesuatu yang perlu ditegur cuba sampaikan dengan cara yang terbaik.  Tawarkan diri sebagai orang yang bersedia melibatkan diri sama ada sebagai ahli jawatan kuasa PIBG atau sukarelawan.  Ibu bapa yang rapat dengan sekolah membolehkan anak mereka mendapat perhatian yang lebih dan diberikan pelbagai peluang.  Anak-anak juga tidak berani melakukan sesuatu yang melanggar peraturan.  Mereka akan lebih fokus kepada pelajarannya.
  1. Sentiasa jangkakan kejayaan anak.  Sebagai ibu bapa usah sama sekali merendahkan kebolehan anak atau merasakan yang anak tidak boleh cemerlang.  Cari cara bagi membantu anak memahami pelajarannya.  Tidak ada seorang anak pun yang mahu gagal atau mendoakan supaya dia gagal.  Semuanya mahu berjaya cuma mereka tidak tahu cara.  Mereka buntu lalu wujudlah persepsi yang salah tentang kebolehan diri dalam minda mereka.  Ibu bapa yang tidak berputus asa mengharap rahmat Allah dan terus mencuba biasanya akan mendapat hasilnya.  Cubalah pelbagai cara dan kreatif dengan pendekatan.  Yakinlah bahawa anak kita boleh berjaya.
  1. Masukkan anak-anak ke program motivasi.  

so far aku tengah try la..walaupon tetap ade terpakse jadik raksasa gargon!
dan part no 6 tu belom dpt tune lagi.pasal tak dpt jumpe cekgu kelas abam.utk dedek so far ok la.

so korang...selamat meng-apply. chaiyok!!!!



I WARN!!

i have no intention to show off or provoke anyone in any matter.
jika anda terase dgn ayat2 yg dikeluarkan, please feel free to leave frm here....
diz is our life/ my own blog....diingatkan
DO NOT
ever copycat the idea of my backdated articles/photos WITHOUT my permission please...
if u'r posting any backdated entry of mine on u'r latest post..please keep my link credited..
Just be nice...

Happy reading...!!