Jan 29, 2018

Surirumah?

Mohon doakan hati aku sentiasa istiqomah redha dengan pilihan yang aku dah buat.
Ekceli jadi surirumahtangga ni best.

JIKA,
kau  stay umah sendiri, duit sentiasa ada time diperlukan, ada me time sendiri, laki korang ada time nak lepak dengan ko.

Tapiiiii itu semua hanya impian dan harapan. Which is tak semua yg kita NAK akan dapat. Melainkan kau kental jiwa dan raga. Pasal takda yg mustahil. ALLAH tu maha baik.

Cuma cara kau nak kekal dan menten tu aja. :)



Jan 19, 2018

Yamdang telur masin

Kenapa namanye gitu?  Pasal aku masak campur ayam + udang.  Masing² tgl sikit². Masak campurkan saja😊.
Mujur la sedap dan bole dicampurkan.

Macam biasa ni yg utk beginner la ya.  Untuk yg expert dah masak.  Diam² saja😆


Bahan²:
Ayam/udang/sotong
Telur masin 2 biji
Susu cair 1 tin
Bawang putih
Daun kari
Lada sulah
Cili padi

Cara²:
Bawang putih dicincang
Daun kari
Cili padi
Tumiskan 3 bahan kat atas ni.

Hancurkan kuning telur masin.  Blend kering.

Masukkan sama dgn bahan yg ditumis.  Kacau laju². Supaya telur masin tu tak berketul.  Malangnya aku punya still berketul😂
Lepas tu masukkan susu cair. Kacau sampai mendidih.  Masukkan lada sulah. Masukkan la garam+ aji jika nak.
Siapppppp




Jan 10, 2018

KINDY UNTUK DEDEK

Since last yeaar dalam bulan 10 kot dah start cari kindy baru untuk dedek. Mencari yg terbaik dari terbaik. Punya laamaaa mencari kans. Dan kebetulan Tadika Ijazah tu dah katop terus. Maka misi mencari tu tetap diteruskan. Mandangkan ada time hanya Jumaat/ Sabtu saja. Time tu agak tight sikit la. Pasal kebanyakkan kindy melayu closed hari jumaat dan sabtu. Cuti ikot gomen.

Ada takda dapat servey pergi tengok keadaan tadika time aku mc atau el saja.

Dalam cari mencari tu ada 4 tadika yg dalam perhatian.
1. Tadika Myzara
2. Tadik Raudhatul Iman
3. Tadika Al Fateh
4. Tadika Imn

Tu aku susun mengikut aku rasa better dan ber-sesuai-an dengan dedek.

Cumanya. Complicated sikit. Pasal kebanyakkan tadika ni dorang bukan pure tadika  tau. Dorang ekceli lebih kepada pusat perkembangan minda. Which is pusat macam ni dorang ada nursery & transit. Dan kebanyakkan tadika melayu ni ber-operasi kat rumah kedai. Dannnnn tu salah satu faktor yg aku kureng soka since zaman aku cari kindy untuk abam. Aku rasa umah kedai... buat skolah??
mai maiii Boringgggg. Hahahahahhahaha

Bukan apa. Dari segi pemandangan memang out. Untuk permainan pon kureng. Limited kan kawasan. Paling kuad pon ko bole ltk slide saje kat kawasan tu. Selebihnya lapang sajaaaa. So aku rasa environment tu membosan-kan. Kata zaman kanak2 adalah bermain. Kalau space pon ala2 ajeeee. Asik mengadap slide dan tengok tembok kaler2 memang membosankan. Aku rasa laaa. Kot ada principal kindy yg baca blog aku ni. Jangan sentap tau. Hanya pandangan peribadi. Bukan aku cakap tak bagus. Cuma tula...takda pemandangan hijau senang kata.

Atas sebab alassan tu laaa pilihan susah sangat2 nak buat. Satu lagi berapa ramai dalam kelas untuk umur 6 tahun. Dan silibus kindy tu sendiri.

Dedek dah pernah skolah since umur 4 tahun. Dia dah pernah masuk kelas yg kelas ada 15 orang. Dan 12 orang dalam kelas. Nak kata terbiar. Ya jugak. Almaklum dedek kan. Sapa lambat. Bai baiii.
Tiada kosa ticer nak tunggu. So aku tanak begitu. At least. Ticer boleh bg perhatian pada dia. 1 to 1 sesi utk dedek cover pembelajaran dia yg dia tak dapat catch up. Terutamanya spelling, reading,counting & coloring.

Semua kindy yg aku senaraikan tu semua sudi terima dedek. .Tu syukur sangat. Alhamdulillah sangat2. Pasal rata2 aku dengar dan baca banyak kindy tamo terima budak macam dedek.

Tapi untuk penguasaan dorang konpiden boleh guide dedek. Walaupon tak secemerlang budak yg genius. Tapi boleh catch up untuk dia bersedia bila masuk darjah 1 nanti. Tuuuuuuuu la harapan aku.

Lastye. 31/12/2017 last servey. Keputusan sudah dibuat untuk ke Myzara Mutiara Rini. Jauh ok. Pagi2 nak menuju ke Taman U..... adalah bercinta! Jemmmmm. Tu yg macam berat hati en abe nak restukan keputusan aku.
Still berpusing lagi area Taman Teratai sebelum pergi ke Myzara. Allah penentu segala. Allah yg gerakkan semuanya. Alhamdulillah. Pusing2 sebelum keluar dari Tmn Teratai. Tetiba terperasan 1 kindy baru area situ. Pernah nampak. Tapi tak pernah terdetik nak pegi or servey situ. Terus ajak en abe stop kat situ. Tengok pintu katop. Try wasap..... Ropanya ticernye ada kat atas.

Oooo sebelum aku wasap tu aku try gugel dulu kindy ni. Pasal tak pernah dgr and tak pernah tau pasal tadika ni. Entah cana ropa dan cana cara pengajaran pon aku tak tau. Sekali tgk FB.
Wowwww menariknya tadika ni. Walau kat atas rumah kedai. Tapi surrounding kindy tu menarik saaaaaangat! Very colorful!

                   Image may contain: one or more people and indoor
Paling suka tempat belajar, tempat makan, tempat bermain adalah lain2. Tak suka situla tempat belajar. Situla tempat main. Cumanya kureng kat sini bila aktiviti dia bercampur dr sekecik2 budak sampai ke besar2 budak.

Untuk kelas K2, Hanya 6 orang budak. Dan cikgu pon willing tu extra-kan 1 hour untuk 1-1 session dgn dedek untuk revision dgn dedek.

Diskus punya diskus. Dari jam 4 petang sampai 6.40petang. Fuhhhhhh gila lamaaa ko berdiskus. En abe pon macam soka dgn tadika ni. Dan dia kata dekat. Senang nak ulang alik. Budak pon tak ramai. Ticer pon willing to buat extra class utk dedek,. Takpa laa. Kita tawakal anto dedek kat sini.

Tadika ni ikot konsep macam al baghdadi. Tu hari al baghdadi ni pon ada tersenarai dalam list gak. Tapi pasal dia takde class half day. So terkeluar la dia dari senarai.

So far dedek suka gila skool kat sini. Sampai hari cuti ponnnnnn di nk go akhil jugak. Nak go skool mama. Punya kemaruk. Lagi best, bila kita cakap " dedek kat skool fokus, writing, reading,coloring,counting leklok tauuuu" Dia jawap " ok mama...play? ada?" ewahhhh diaaaaa

 List bayaran untuk tadika di Johor Bahru 2018. Mana yg murah tu pasal takda beg la. Yuran konvo belom masuk lagi. Kalau macam Myzra dia dah inc all. So nanti time convo ko dah takda kena mintak duet lagi. Kecuali duet baju untuk buat persembahan. Dan tak termasuk fees Januari 2018

Untuk kat Akhil-Tech ni. Yearly fees dia RM980 + RM250 untuk January fees. So total RM1230. Tu blom lagi untuk convo yeeeeeeeeeee. Kang untuk convo utk sewa wall. Baju bajan... haih!
Dan kat akhil tu ko boleh pilih nak sesi yg mana.  Itula monthly feesnye yg ko kene bayar sepanjang tahun 2018. Dasat betol kan tadika sekarang ni. Mahal amat. Kalaulaaaaaa Allah izinkan dedek masok KEMAS or PRA.... konpem aku masukkan :)

So tu saja cerita untuk hari ini. Tentang pemilihan tadika untuk Qeushairy. Anakanda bijak aku nan sorang ni :)


Jan 9, 2018

Throwback ajaaaalaaaa


Yeapp. Throwback sajalaaa yg kekish mampu uolssss.
Ni pon meng-update sambil tunggu abam keluar dari sekolah.
Sekang ni musim tak menentukan.  Kejap ujan.  Kejap kang panas.  Kang ehhh tetibe ujan selebat lebatnya!
Apepon alhamdulillah.
Makaaaa memalam hari kalau sejuk² ni pekena megi kari pon sodappppp.





Jan 8, 2018

Roti bakar butter gula merah

Kemain panjang tajuk kau kannn.
😆
Menjak dah jadik surirumah ni.  Kepala otak ko dok ligat mikior nak masak apa untuk anak² ko makan.
Apaaaa yg sedap ditelan tekak ni.
Bekpes. Lunch. Minum petang. Dinner. Aaaa begitula seterusnya.

Dok scroll² ig ternampak ig adamdidam buat bendealah ni.
Dan syukur time tu jugak semua bahan ada.

So masuk dapur terus buat.
Alhamdulillah.  Laju anak² aku makan.  Walau memule tu dorang "ehhh mama masak apa?  Sedap ke?  Lainnn ajeee mama masak ni.  Bla bla itu ini"
Banyak pulak bunyik adik beradik ni kenssss.  Makan sajala.  Mama dah masak.  Bila dah makan...  "emmm sedap la mama. Nak lagi"
Gituuuu baru korang tau penangan mama.  Kahkahkahkah

Ok untuk korang.  Yg beginner la.  Macam aku ni yg baru nak berjinak² kan diri kat dapur.  Bole la try buat roti ni.  Senang gilos.  Tinggal rajin tak rajin jela ko nak membuatnya.

Bahan² :
Roti putih
Butter
Gula merah untuk ditabur

Why gula merah?
Entahhh maybe gula putih is not good utk healthy. Hahahahahha

Cara² :
Sapukan butter rata² kat roti.
Tabur gula merah sikit.
Then bakar. Balik² kan dia.  Biar masak depan belakang.
Potong mengikut kehendak masing².
Seterusnya dah bleh makannnnn






Selamat mencobaaaaaaa



Jan 4, 2018

Cuti sekolah 2017

Untuk cuti sekolah end year 2017 ni takda pegi mana pon.
Dan macam biasa end year adalah  time holiday dengan whole family aku.
Tapi untuk this year aku tak join along. Dorang pegi pahang. Cek in homestay.  Then pegi gambang waterpark katanya.

Since along dah inform awal nak ke pahang dan aku pulak tak follow atas sebab kekangan financial end year yg mcm crucial amat. So plan ingat nak bawak pegi laut aja atau somewhere hotel yg ada bathtub around johor untuk hepikan hati anak². Nak dijadikan  cerita, dok scroll fb ternampak la kawan aku update pasal promotion school holiday with KSL.


Then terus wasap en abe.  Cakap jom cek in sini.  KSL ada waterpark. Lepastu bilik dia pon ok la reganya.  Nice amat.  Mandangkan normal rate KSL ni mahal,  bagi akula why not pigi sini.  So en abe kata proceed.  Aku pon roger la member aku yg keje kat situ.  Dan suruh booking-kan sekali.

Cumanya,  promo ni tak termasuk bekpes.  Dan tak boleh masuk time weekend.  Weekdays only.
So cantikla tu.  Along pon pergi hari kamis.  So aku decide cek in kamis. Cek out Jumaat. Owhh utk waterpark free.  Cuma aku tak sure utk bapa org.  Tapi standart 2 adult 2 child.


Gerak dr rumah pon jam 2 lebih kot.  Pegi makan dulu. Then baru  hegeh pegi ke KSL.  almaklum dalam JB jurrr.  So takpayahla rushing sangat.  Katanyaaaa.
Sampai sana.  Register bagai.  Oooo utk promo ni takda upfront payment.  Just bayor saja rm180/night.


Ramai gileee manusia.  Maybe sama macam aku gak.  Orang JB yang menggunakan peluang yg hado kan.

Room pon selesa gila la untuk aku se-family.  1 katil queen.  1 katil single.  Yang single bed tu laki aku turunkan.  Yela 2 beradik tu nak tido ada tergolek sapa yg tido tepi sekali 😂

Lupa pulak nak snap kondisi bilik time memula tu masuk.  Owhhh lg 1 jamban kat KSL ni tade host pipe utk kau basuh kencing berak ye.  Yang hado hanya pancit yg kat dalam bowl tu saja yg hado.  I is stress tau bab tuuu. Hahahah rasa tak puas cuci pakai bendealah tu je. Paling boring time dedek nak kencing laaa. Payah oiii.  Kalau abam dia dah reti sikit. Itupon asik tersasar abes la basah baju seluarnyaaaaaa. 

Malam kuar dinner pegi ke boatnoodle kat pasar karat tu.  Entah apa kenama dia. Ingatkan banyakla pilihan mcm kat boatnoodle biasa tu. Rupanya alahaiiii.  Dahlaa makanannya so so saje.  Tidak la sedap sangat. Indah gambar dari realiti.  But tom yam dia bole tahan. Lain²? Memang tak tahan😒

Balik dinner tu en abe pegila cari apa² yg patot utk anak beranak alas perut.  Roti je la selayaknya.  Pasal nak keluar or tapau macam tak sempat nak melayan kanak2 riang tu. 



Plannya petang time cek in tu nak bawak bebudak ni pegi park.  Sekali hujan turun lebat selebatnya.  Sampai ke maghrib barulaaaa reda hujannya. 
Sudahnya esoknya je la ye anak². Masing² dah menggelupur nak main air. Terpkasa tenangkan masing². Nak² dedekla. Dia punye berzikir nak pegi main air tu boleh tahan la jugak. 

Pool bukak jam 9pagi. Park bukak 10pagi. So aku suruh en abe bawak bebudak ni pegi pool dulu.  Kang dah bukak park tu.  Pegila kesana.  Bukan jauh lagi pun. Sebelah menyebelah saja.  Aku tak folo.  Pasal malas nak menukor baju.  Maka gambor kat park memang nan hado.

Tak lama pon rasanya dorang main kat park.  Pasal dedek dah menggigil kesejukan katanya.  So dorang naik around 11 kot. Mandi². Just siap². Ingat nak request late cek out.  Sekali dapat sms dari shopee printer yg aku order on the way nak anto.  So nak tanak kene cek out dan² jugak. 

Ni sementara tunggu en abe siap.  Mohla anak² kita swafoto. 





 Haishhh entah camna boya ni tertinggal pulaaaaaaaaa😑


 Kasik channn la ye...  Owhhh ni pon kira annivesary treat laaaa katanyaaa.



 Mama babah harap awak orang hepi dan bersyukur dengan apaaa yg awak orang dapat untuk cuti sekolah 2017 ni.


 Budak noti lagi chicky niii





Last but not least. Hahahahahaha
Owhhh ada nampak member aku update. Promo extend to 31/3/2018.
So JOHOREAN! bole la grab promo tu untuk cuti sekolah bulan 3 nanti. Aku pon dah ngendeng kat en abe pasal ni. Hint2 macam setuju. Hahahahahah. Harapnya dia tak lupe la keputusan setuju dia tu.

Sampai jumpa lagi lain ceritaaaaa



Jan 3, 2018

KETAT PADAT

Tu dia. Tajuk dia kemahen lagikan.

Untuk siapa yang tengah mencari apaaaaaa yang nak dibuat kalau suami dok komplen rasa dah tak sedap/kurang grip.

Apa yang sedap tak sedap tu?
Whupppsss ni hanya cerita pasal orang yang dah berkahwen saja ye.
Yang anak dara nanti aku cerita tang lain.

Untuk entry kali ni. Aku nak suggest korang mana yang nak bagi perapat rahim tu. Meh try guna Puteri Vanilla. Alhamdulillah. Ramai yang dah minum. Memang husband korang tak kasik stop ye.
Sanggup sponser tiap2 bulan untuk beli  Puteri Vanilla ni.

Puteri Vanilla ni diperkaya dengan ektrak manjakani which is memang bahan semulajadi yang helok sangat untuk rahim wanita. So korang tu mana yg dah longgar2. Sila la kasik repair. Tak payah masuk filler bagai ye. Kita guna cara selamat saja.

Kalau korang kata " kene selalu minum aje ke? Kalau stop longgar balik tak?
Jawapannya Yes! korang kena maintain minum untuk dapatkan hasil yg mantap semaksima yg mungkin. Bila laki ko dah dapat rasa lain macam cara grip ko tu. Bole la ko selang selikan minum tu.
Tapi jangan stop minum. Sama kekdahnya hari ni ko makan nasik. Esok ko lapo balik. Takda bende yg kekal ye. Kalau ko tak amalkan.

So kalau korang nak tau lg detail. Boleh wasap aku 0182777794.

Harga Puteri Vanilla RM69 . Add pos rm9sm , rm12ss
Sekotak ada 15 sachet.
1 hari 1 sachet.






Jan 2, 2018

Officially housewife

Alhamdulillah. Cecita nak jadi surirumahtangga terlaksana tepat pada 1/1/18.
Syukur Ya Allah. Kau Maha Menentukan segala segalanya.
Entah kenapa rasa nekad betol. Tak apala mana2 expenses aku yg kena cut. Kasik la cut. As long utk family, sekolah anak2. Makan pakai utk satu family ada. Bole cover bayar hutang semua. Dan yang penting spent untuk parents tetap ada. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Yang lain2 kita doa . Dan selebihnya kita usaha dan tawakkal. InsyaAllah. Allah tukan maha baik.
Ishhhlaa meng-update pakai lappy ni. MasyaAllah. Assabariah aje la aku ni. Entah kenapa cursor nya asik lariiikkk aje. Nak pergi mana entahla aku pon tak tau.

Ok rutin harian sebagai surirumah ni. Macambiasa la ye. Bangun pagi jam 6. Kejut abam untuk mandi pegi sekolah Cina. Settle abam. Kejut dedek pulak. Kalau nasib baik dedek dah bangun dah time aku kejut abam. Tak tau la nak kata senang ke nak kata susah. Pasal abam dari azali memang susah bangun pagi. Merempan tak sudah. Jadik dedek ni kan jadikan abam sebagai idola. Apa yg abam buat itu contoh bagi dia. Maka kalau mood abam ok maka perjalanan pagi akan smooth la. Kalau mood kureng. Maka akan bersambung la dari abam pegi ke dedek pulak. Settle siapkan anak2. Aku pulak mandi. Then solat. Abam en abe anto. Dalam jam 6.30 dah gerak. Dedek aku anto dalam 7.45 atau 8 gituk.

Balik dari anto dedek kalau ada bekpes. Bekpesla. Kalu takda. Ko just sambung buat rutin solat duha dan apa2 solat sunat. Lepastu bukak lappy untuk update kedai online aku dan beberapa kedai online owner yg owner dah amanahkan aku untuk update dorang punya IG/FB/Blog. Alhamdulilllah. Korang pon kalau ada perlukan admin online jarak jauh. Boleh la roger aku.

Lepastu. Agak2 macam dah lama sangat ko menelaah lappy ni. Turun la sat. Tengok keadaan didapur. Kot mami belum masak ke ape ke. Jadik sila la buat. Ye korang. Aku stay dengan parents aku. Nampaknye sampai bebile la. Pasal macam tak sampai hati pulak aku nak pindah. Mandangkan ayah aku punya kesihatan tak berapa cun lately ni. Kesian pulak nanti kalau ada apa2. Mami terkontang kanting nanti sorang2. Lagi pon mami pon bukan kuat sangat pon. Maka stay saja la sini. Sampai diperlukan. Hahahahahahahah

So paham sajala ye. Kalau dah namanya ko stay dengan parents. Tiada malas malasan time. Ko nak keje jeling dengan mami ayah. Try la buat. Nnti ko sendiri rasa tak sedap. So nak atau tanak. Ko kene rajinkan diri okeh. Walaupon sebenarnya ya ampunnnnnn malasnyaaaaa! Mengantuk!

Kang jam 12.15pm dah kena gerak amek abam pulak. Ni lagi satu. Kalau lambat. Mak oiiii jalan kat skolah tu dah macam apa. Jem nak mamps! Kalau dah jem. Maka kau sampai rumah pon insyAllah dalam jam 1.30. Lepastu rushing amek dedek kat kindy pula. Sampai rumah kasik bebudak ni makan bagai. Gedebak gedebuk jam 2pm ko dah nak antor abam pegi sekolah agama pulak. Lepas tu terus pegi antor  anak sedara aku pegi keje kat jasko. Jam 3.30pm amek abam dr sekolah agama. Terus antor pegi tuisyen pulak. Baruuula ko bole lunch yeee :(

Dan bole la ko settlekan hal rumah kemas atau apa2 yg patot. Atau paling kuad. Nila time ko nak rehat kan tulang belakang.

Kang jam 5pm. Mandikan dedek. 6.15pm amek abam dr tuisyen pulak. Suruh mandi. Bebel2 sikit. Jam 7 dah ready utk maghrib pulak. Lepas maghrib makan malam. Abam buat revision kalau takda homework. Dedek pon sama buat revision. Malam en abe take over.
Jam 9 mmg time utk anak2 tido. At the same time aku pon dah flat. Hahhahahha. Dasar ssangat.
Penat tapiiiiii alhamdulillah. Im blessed :)

Tak semua orang boleh merasa keadaaan ini ya. Syukur Ya Allah kerana kau makbulkan permintan aku. Moga keluarga ku sentiasa dipermudahkan urusan dan perlimpahkan rezeki kewangan berterusan. Aminnnn.

So korang kalau yg ada cecita nk jd housewife. Doa banyak2 tau. Dan make sure korang dah siap mental and fizikal. Kerana tak semua yg kita idamkan itu indahhhhhh sesaje :)

Ok sambung next time. Tiada gambor entry kali ni. Rushing nak update iklan kat ig sat. Jumpa lagiiii

I WARN!!

i have no intention to show off or provoke anyone in any matter.
jika anda terase dgn ayat2 yg dikeluarkan, please feel free to leave frm here....
diz is our life/ my own blog....diingatkan
DO NOT
ever copycat the idea of my backdated articles/photos WITHOUT my permission please...
if u'r posting any backdated entry of mine on u'r latest post..please keep my link credited..
Just be nice...

Happy reading...!!