Jan 2, 2018

Officially housewife

Alhamdulillah. Cecita nak jadi surirumahtangga terlaksana tepat pada 1/1/18.
Syukur Ya Allah. Kau Maha Menentukan segala segalanya.
Entah kenapa rasa nekad betol. Tak apala mana2 expenses aku yg kena cut. Kasik la cut. As long utk family, sekolah anak2. Makan pakai utk satu family ada. Bole cover bayar hutang semua. Dan yang penting spent untuk parents tetap ada. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Yang lain2 kita doa . Dan selebihnya kita usaha dan tawakkal. InsyaAllah. Allah tukan maha baik.
Ishhhlaa meng-update pakai lappy ni. MasyaAllah. Assabariah aje la aku ni. Entah kenapa cursor nya asik lariiikkk aje. Nak pergi mana entahla aku pon tak tau.

Ok rutin harian sebagai surirumah ni. Macambiasa la ye. Bangun pagi jam 6. Kejut abam untuk mandi pegi sekolah Cina. Settle abam. Kejut dedek pulak. Kalau nasib baik dedek dah bangun dah time aku kejut abam. Tak tau la nak kata senang ke nak kata susah. Pasal abam dari azali memang susah bangun pagi. Merempan tak sudah. Jadik dedek ni kan jadikan abam sebagai idola. Apa yg abam buat itu contoh bagi dia. Maka kalau mood abam ok maka perjalanan pagi akan smooth la. Kalau mood kureng. Maka akan bersambung la dari abam pegi ke dedek pulak. Settle siapkan anak2. Aku pulak mandi. Then solat. Abam en abe anto. Dalam jam 6.30 dah gerak. Dedek aku anto dalam 7.45 atau 8 gituk.

Balik dari anto dedek kalau ada bekpes. Bekpesla. Kalu takda. Ko just sambung buat rutin solat duha dan apa2 solat sunat. Lepastu bukak lappy untuk update kedai online aku dan beberapa kedai online owner yg owner dah amanahkan aku untuk update dorang punya IG/FB/Blog. Alhamdulilllah. Korang pon kalau ada perlukan admin online jarak jauh. Boleh la roger aku.

Lepastu. Agak2 macam dah lama sangat ko menelaah lappy ni. Turun la sat. Tengok keadaan didapur. Kot mami belum masak ke ape ke. Jadik sila la buat. Ye korang. Aku stay dengan parents aku. Nampaknye sampai bebile la. Pasal macam tak sampai hati pulak aku nak pindah. Mandangkan ayah aku punya kesihatan tak berapa cun lately ni. Kesian pulak nanti kalau ada apa2. Mami terkontang kanting nanti sorang2. Lagi pon mami pon bukan kuat sangat pon. Maka stay saja la sini. Sampai diperlukan. Hahahahahahahah

So paham sajala ye. Kalau dah namanya ko stay dengan parents. Tiada malas malasan time. Ko nak keje jeling dengan mami ayah. Try la buat. Nnti ko sendiri rasa tak sedap. So nak atau tanak. Ko kene rajinkan diri okeh. Walaupon sebenarnya ya ampunnnnnn malasnyaaaaa! Mengantuk!

Kang jam 12.15pm dah kena gerak amek abam pulak. Ni lagi satu. Kalau lambat. Mak oiiii jalan kat skolah tu dah macam apa. Jem nak mamps! Kalau dah jem. Maka kau sampai rumah pon insyAllah dalam jam 1.30. Lepastu rushing amek dedek kat kindy pula. Sampai rumah kasik bebudak ni makan bagai. Gedebak gedebuk jam 2pm ko dah nak antor abam pegi sekolah agama pulak. Lepas tu terus pegi antor  anak sedara aku pegi keje kat jasko. Jam 3.30pm amek abam dr sekolah agama. Terus antor pegi tuisyen pulak. Baruuula ko bole lunch yeee :(

Dan bole la ko settlekan hal rumah kemas atau apa2 yg patot. Atau paling kuad. Nila time ko nak rehat kan tulang belakang.

Kang jam 5pm. Mandikan dedek. 6.15pm amek abam dr tuisyen pulak. Suruh mandi. Bebel2 sikit. Jam 7 dah ready utk maghrib pulak. Lepas maghrib makan malam. Abam buat revision kalau takda homework. Dedek pon sama buat revision. Malam en abe take over.
Jam 9 mmg time utk anak2 tido. At the same time aku pon dah flat. Hahhahahha. Dasar ssangat.
Penat tapiiiiii alhamdulillah. Im blessed :)

Tak semua orang boleh merasa keadaaan ini ya. Syukur Ya Allah kerana kau makbulkan permintan aku. Moga keluarga ku sentiasa dipermudahkan urusan dan perlimpahkan rezeki kewangan berterusan. Aminnnn.

So korang kalau yg ada cecita nk jd housewife. Doa banyak2 tau. Dan make sure korang dah siap mental and fizikal. Kerana tak semua yg kita idamkan itu indahhhhhh sesaje :)

Ok sambung next time. Tiada gambor entry kali ni. Rushing nak update iklan kat ig sat. Jumpa lagiiii

No comments:

I WARN!!

i have no intention to show off or provoke anyone in any matter.
jika anda terase dgn ayat2 yg dikeluarkan, please feel free to leave frm here....
diz is our life/ my own blog....diingatkan
DO NOT
ever copycat the idea of my backdated articles/photos WITHOUT my permission please...
if u'r posting any backdated entry of mine on u'r latest post..please keep my link credited..
Just be nice...

Happy reading...!!