Jan 6, 2022

Permulaan 2022

Konsep update setahun sekali ke  macam  mana ni?
Tak dapek nak menjawab nye.
Kekdahnye bila time free. Bila time ada mood baru ada update la.
Kalu tidak. Memang nan hado.
Ni pon sebab, pishang kat dalam bilik.
Tepu cair tepu cair sampai 14hb kalu tak salah.

Kesahnye 2/1/2022 hari ahad, ayah caakap dia demam. 
Ayah pulak konsep dia kalau demam memang lepakla.
Hadif suruhla atok dia buat self test covid.
Maka atoknye pon rela hati buat.
First test, memang kiteorang tak expect langsung tau.
Pasal takde langsung simptom sebelum tu.
Malam sebelum pon, kiteorang ada makan makan sefamily sempena besday laki aku.
Sekali keluar double line.
Aduhhhhhhh....saspen... aku cakap kat Hadif, "bang buat balik semula".
Buatla kotak ke 2.
Time ni semua orang terlompat. Pasal nak pakai mask dan nak menjarakkan diri.
Ayah dah termenung. Mikior betol ke? Mana dapat?
Terus aku wasap along.
Kelam kelibut la pagi pagi tu memasing.
Along terus bawak ayah gi Klinik Penawar untuk PCR test.
Esoknya 3hb dapat result konpem! Positif Covid.
Penawar update sana sini.
AKu kena isi link itu link ini.
Mandangkan ayah ada memacam penyakit yg kronik.
Petang tu jugak ambulan datang hambek hangkut bawak gi Permai.
Time tuuuuuuu. drama jangan cakaplaaaa... Semua orang menanges.
Ayah pulak sebelum dia kena hangkut, siap siap semua pesanan, wasiart bagai.
Tak semua orang syahdu petang tu.
Aku? Lagilaaaa. Akula orang paling anxiety kalu sebut sebut pasal wasiat ni.
Takut. PAsal tak ready lagi nak kehilangan dan menghadapi situasi itu.
Dah macam hape masing masing menanges.
Serious permulaaan tahun 2022 yang akan di ingat sampai bila bila.
Tak habis cerita ayah kena hangkut pegi ke Permai....
Jeng jeng jenggggg....nanti la sambung.
Aku nak minum petang :)




Jun 14, 2021

Qeushairy dah 9 tahun!

Diam tak diam. 9 tahun dah anak bongsu aku ni. Sekolah dah darjah 3. Covid. PKP tak abes². Tau² Q dah masuk darjah 4 puleks. 
Tiap kali masuk darjah baru. Tiap kali tuuuu hati dia berdebor macam Q memulaaaa masuk darjah 1 dulu marin. 

5/6/2021 tu hari besday dia. Selalu pon memang bawak dia keluar makan je pon. Pasal PKP tak boleh dine in. 





So tanya dia nak makan apa. Mau kek ke tidak? 
So kita turutkan la request dari besday boy. 

Alhamdulillah. Tambah lagi umur. Sehat. 
Takda apa yg buat kita hepi, bila ko tengok anak hepi. Walaupon sekadar makan mekdi je pon 😁. 
Qeushairy ni memang anak yg memudahkan. Konsep dia... Alhamdulillah




Selamat hari jadi anak manja mama. Anak yang paling kool. Anak yang paling sabar hadap kemarahan mama. Mama babah doakan Q berjaya dunia akhirat. Dipermudahkan segalaaaaa urusan mu. 





Jun 11, 2021

DEDEK DARJAH 1!



Punya berkurun cerita. Tapi tak apalah. Yang penting ditulis kat sini. Kot la kan boleh dorang baca bila dah besar besar nanti.

Sekarang dedek dah tahun 2. Alhamdulillah. Walaupon agak lambat sikit. Still boleh follow the flow. Alhamdulillah sangat sangat. Harapnye dia boleh la habiskan sekolah di aliran perdana sampai ke titisan akhir.
......................................................................................................................................

Jumpa posting ni time 11/6/2021. Asal posting adalah 14/4/2020.

Sekarang ni dedek dah darjah 3 dah pon :) Alhamdulilllah. Syukur. Walaupon tak cemerlang. Still masih boleh follow.

Struggle dari semua pihak. Dari diri dedek sendiri semestinya. Dari aku sebagai mak LAGILAhhhhh strugglenya hanya Allah yang tau. DUit?????? pon hanya Allah saja yang tau pengaliran untuk dedek.
Moga ada sinar atas segala apa yang aku laki bini usahakan untuk dedek. InsyaAllah :)

Ada nampak progress dedek ni. Step by step la. Kalau ikot gila aku, memang tak sabar dibuatnya, Tapi kena terima la kan. Ikot tahap dia, walaupon ada sikit ketinggalan. Memang kena sentiasa ada support dari aku dan laki aku untuk bekap mana yang lompong lompong dia kat sekolah.
Hantar tempat tempat intensif. Tuisyen 1 to 1 untuk tambah lagi mana yang tak cukup.

Biasanya, sebelum dia belajar kat sekolah, aku dah prepare kan dulu sebelum dia belajar. So nanti bila dalam kelas, walaupon dalam kelas dia tak berapa fokus, dia still boleh buat. Dan dia bole agak... ooo cikgu ajar niiii. Kat umah mama babah dah bagitau macammana konsep.

Owhhhh dedek ni selain speech delay, dia disah-kan seorang DISLEKSIA + ADHD. Kategori Adhd dia yang pasif. Bukan yang hyperaktif. Dia kurang fokus. Kalau kita tengok dia macam termenung, berangan, tak tumpu perhatian. Yang sebenarnya, dia tengah pikirkan sesuatu dalam otak dia yang luar dari circle dia. Macam tulahhh.

Besoooo harapan aku dia bole cope dengan kehidupan dia bila semakin besar. Boleh berdikari, boleh bekerja, boleh berkahwen, boleh ber-anak macam manusia yang lain.

Korang doakan ok time baca ni. Moga Hadith Qeushairy dipermudahkan urusan dan berjaya dunia akhirat :)

Terima kasih korang!!!!!



I WARN!!

i have no intention to show off or provoke anyone in any matter.
jika anda terase dgn ayat2 yg dikeluarkan, please feel free to leave frm here....
diz is our life/ my own blog....diingatkan
DO NOT
ever copycat the idea of my backdated articles/photos WITHOUT my permission please...
if u'r posting any backdated entry of mine on u'r latest post..please keep my link credited..
Just be nice...

Happy reading...!!