Jun 11, 2021

PKP 3.0


Fuuhhhh fuhhhh. tiup habuk yang bersarang nihhh.

Last posting PKP 1.0... sekarang dah masuk PKP 3.0.

Sementara tunggu dedek siapkan writing dia. Bukak jap blog bersawang ni.

Macam macam hal sekarang berlaku kan?

Nak jugakla tepek sini, pasal ayah kena swab ada contact rapat dekat semejid. Alhamdulillah result negetif.

Dan diri sendiri jugak kena swab, tetiba badan rasa tak sedap. Hilang semua deria rasa. Nak kata demam..tak jugak... Selsema batuk pon light light saja. Sendi semua rasa sakit. Lepastu disertai rasa berak berak.

Tapiiiii part hilang deria rasa tu memang saspen betol ko! Walaupon ayah aku ada contact rapat, dia takde simptom apa apa. Tetiba aku ni, takde contact dengan sesapa. Hanya sebab mencarik penyakit sendiri aka merayauuuuu je kerjanya. Haaaaa baru ada rasa cuak khensssss. Lagi sekarang sebuk dengan pelbagai jenis varian. Sporadik sana sini. Yang takde contact, yang takde simptom. Tau tau demam jap. Lepastu mati!

Sebelum gi swab tu,,, memang orang dalam umah ni panik la.Hari hari kena kemam cengkih, minum limau madu suam, steam hidung + tekak dengan cengkih. Supplement? Jangan kata la.... Segala jenis yang aku belikan untuk ayah, tetiba aku kena makan ikut time :)

Bila dah dalam 5 hari tak ubah ubah deria rasa aku tu, aku nekad la kena pergi swab. Aku risaukan anak anak aku. Aku risau mami ayah. Tak pasal pasal ajeee nanti. Dari hati susah, risau covid ke...bukan keeee. Maka aku pon buatla swab test. Cari punya cari yang murah jumpalah private klinik kat Taman Sri Orkid. RM190 ku leburkan untuk dapatkan kepastian.

24 jam dapat result. 'Not Detected'!! Fuhhhh lega gileeeee ko hati niiii. Allah aje yang tau. Kalau tak memasallll je la. Anak, mak ayah... laki lagi nak gi kerja.

Tapi dengan asbab tu, kurang la sikit keinginan ko nak merayap sana ninun dengan alasan nak cari keperluan hidup. Kahkahakahkah.

Oklah korang, dedek dah siap writing dia, aku pon nak solat zohor nak makan bersama anak anak.

Korang stay safe. Dok umah dendiam jangan merayap! Jaga SOP. Covid bebetol menyusahkan hidup kita. Makaaaaa kita jaga diri kita, jangan kasik channn pada kobid ni.



No comments:

I WARN!!

i have no intention to show off or provoke anyone in any matter.
jika anda terase dgn ayat2 yg dikeluarkan, please feel free to leave frm here....
diz is our life/ my own blog....diingatkan
DO NOT
ever copycat the idea of my backdated articles/photos WITHOUT my permission please...
if u'r posting any backdated entry of mine on u'r latest post..please keep my link credited..
Just be nice...

Happy reading...!!