Jun 30, 2022

Menyambil

Biasala tewww.
Kalau bab belajar,ilmiah dia ada jeeee benda nak dilengahkan.
Nak prepare-kan nota untuk dedek.
Nanti senang dia buat revision untuk Pentaksiran Akhir.
Lagi senang dia nak review time cikgu mengajar kat dalam kelas.
Tapi omak ehhh macam buat ni dulu laa..buat itu dulu la :)
Sebelom nak buat nota ni macam takde kerjaaa je kau ye kekish.

Tak zabar nak tunggu hari sabtu.
Nak jumpa bujang sulung.
Walaupon jumpa ada je benda yang nak di gado kan.
Tapi tetap nak jumpa.
Anak kan.... Dalam hati tetap ada kasih, sayang rindu.


Dah nak sambung....kang tangguh tangguh. Sampai jugak date ujian nanti.
Dahla 5 subjek.

Daaaaaa




Apr 21, 2022

SBP & MRSM

Menanti dak abam masuk serama.
Hati ni dari 9/3/2022 asyik berdebor aje.
Memacam rese hado.
Serba tak kena.

Mehla kita recap dari mula. Asalnya memang tak bajet langsong untuk aku masukkan Hadif ke sekolah serama. Memula baca dari blog Diana. Anaknya Budazah masuk MRSM. Bila baca blog dia, terasa hati nanti nak try abam la masuk sini. Tapi sampai satu part, iaitu bab yuran, terus rasa terkedu. Alamak aiiiii..mahalnye yuran dia. Macam nak masuk 'U' gamaknye. Terus dalam hati' takpela bam...sekolah je la sekolah EC'.

Tapi start dari PKP 2020, dak abam darjah 5. Aku join gorup ibu bapa sekolah serama penuh ni. tetiba rasa macam excited bila baca posting mak-mak yang ada kat group tu.
Teringin pulak nak mencuba untuk dak abam. Time tu dalam hati kata kalau dapat...Alhamdulillah. Akan dipikir kendian macamana cara tindakan selanjutnya. Kalau susah sangat, kita tolak. Kalau tak dapat, oklah maka aku tau tahap abam dimana.

Masuk 2021 tak ingat bulan berapa, aku all out cari seoalan-soalan PKSK dan UKKM. Dan aku suruh dak abam all out untuk buat latihan maths,sc,bm dan bi. Masukkan tuisyen maths bahasa melayu. Since UPSR dah dimansuhkan.

Bila dah macam tu, aku pon baru tau maths tu ada maths kangaroo la, kbat yang memang aku rasa...oiiiiii annoying-nye matematik ni :)

Dak abam pulak walaupon boring kena push asyik buat latih tubi, buat karangan, tapi tetap la dia buat kasik siap. Alhamdulillah. Anak yg soleh. Mungkin takut omaknye naik hantu. Baikla dia siapkan...

Gedebak gedebuk, bulan 12, exam UKKM kat MRSM JB. Siap bagi upah bawak jenjalan pegi Batu Pahat sebab sudi pergi menjawap exam UKKM demi mengikut kehendak omaknya.
Katanya soalan UKKM adalah senang. Sebab soalan dia direct kepada akedemik style. IQ sikit-sikit aje dalam soalan tu.




Bulan 1...lepas huru hara pasal tempat ujian, lepas aku kena covid, dak abam kena pegi ujian PKSK pulek.
Kena kat SMK Senai. Keluar dari tempat ujian, soalan dia banyak soalan IQ. Hambek! Soalan akedemik ada. Tapi tak banyak. Susah sikit..



Alamak... mak dengar... okla... dah try the best kan...

28/2 keluar result penempatan sekolah harian. Hadoiiiii sekali sekolah EC yang aku apply kan untuk abam tak dapat daaaa. Sekali dicampak ke SAB sana. Memang idoklaaaa aku nak. Dahle 1 jauh...lepastu dia lebih kurang SMK biasa. Kalau dah biasa.. helokla sekolah area rumah saja.

1 hal nak kena tukar penempatan puloks. Turun naik SAB, PPD dan SMK Pulai Perdana. Alhamdulilllah. Settle pasal SEKHAR... 9/3 result UKKM pulak keluar... 

Sehari sebelum 9/3 tu, memang dah bedebor nak menanti hari esok... maka solat la aku macam biasa.
Ingat lagi time hujan turun lebat gile...Lepas solat zohor tu, aku doa...dan doa..Terselit sekali doa...yang aku redha..apapon keputusan UKKM tu. Aku kata, aku tau yang mana Hadif dan aku perlukan, itu yang Allah akan bagi. Habis doa semua, aku pon landing kat katil. Sambil landing kepala otak aku kata... kalau abam tak dapat MRSM ni, aku nak pegi holiday la. Nak ke Lakeview. Nak menikmati pemandangan tasik kat situ. Siap plan nak ambek 2 bilik..bla bla bla dan blaaaaaa.
Sekali tingggg naik sms.
Aku tengok dari MARA....



Melompat weeiiii aku dari katil... Tengok sms tu. Time tuuu berjurai air mata kesyukurannn. Tak dapat gambarkan cana hati dan perasaan aku cana. Terus call laki aku. Bagitau result tu. Macam biasala ... Alhamdulillah..Syukur kata laki ku.

Esok hari baru aku bagitau abam yang dia dapat offer dari MRSM. Dan reaction abam....
ooo ye kee??? okkk.

Start dari 9/3 tu kepala aku tiap hari berdenyut- denyut. Macam-macam dalam kepala otak aku ni. Ghisau apa semua adalah.

Lepastu  sambung berdebor menanti 15/3 result pksk pulek. Tepat 12.32am 15/3 aku try cek...


Bangun terus buat sujud syukur. Esok tanya dak abam dia nak pegi MRSM ke SBP?
Jawap dia "SBP".
Aku pon kaji punya kaji...SBP ada Bahasa Antarabangsa. MRSM takda. So lagi kuat la abam ni nak ke SBP de,i mengejar cita-cita nak jadok guru besar di SJKC. Korang aamiin-kan ye. Moga tercapai cita-cita dak abam ni :)

Now dak abam tengah ber-pdpr dengan SBP... Boleh tahan jugak eh....Takde penerangan takde apa...latihan pengukuhan terus bagi... Gasak. Moga diterangkan hati Hadif Adam & Hadith Qeushairy.
Aamiin ya Allah ya mujib.
















Apr 6, 2022

Tingkatan 1 dan Darjah 4

Sekejap je dah bulan 4 kan tahun 2022.
Sekarang dak abam dah masuk Tingkatan 1. 
Dedek pulak dah Darjah 4.
Cepat betholll masa berlalu.
Perangai masing masing pon sentiasa buat aku kembang kuncup.
Perkembangan masing masing...Alhamdulillah.
Kesehatan...pon alhamdulillah.
Awal tahun tu hari, aku se family di uji  dengan covid.
Bermula dari ayah, dapat dari jemaah baru balik umrah pergi solat kat semejid,
Bawak balik umah....berjangkit kat mami,aku, along dang BIL aku.
Syukurla laki dan anak anak aku sampai ketitisan akhir dorang negative.
Lepastu baru baru ni, ayah admitted  sebab jantung dia jadi lemah.
Lagi saspen, kejadian berlaku aku away dari rumah, aku kat Mersing time tu.
Bila along call, suruh balik...ayah.... aduhaiiii.
Saboooo jela :)
Now alhamdulillah.Dah discaj pon.
Harap tak jadi semula.
Okla.. Moga hari korang semua ok dan bahagia.




I WARN!!

i have no intention to show off or provoke anyone in any matter.
jika anda terase dgn ayat2 yg dikeluarkan, please feel free to leave frm here....
diz is our life/ my own blog....diingatkan
DO NOT
ever copycat the idea of my backdated articles/photos WITHOUT my permission please...
if u'r posting any backdated entry of mine on u'r latest post..please keep my link credited..
Just be nice...

Happy reading...!!