Since last yeaar dalam bulan 10 kot dah start cari kindy baru untuk dedek. Mencari yg terbaik dari terbaik. Punya laamaaa mencari kans. Dan kebetulan Tadika Ijazah tu dah katop terus. Maka misi mencari tu tetap diteruskan. Mandangkan ada time hanya Jumaat/ Sabtu saja. Time tu agak tight sikit la. Pasal kebanyakkan kindy melayu closed hari jumaat dan sabtu. Cuti ikot gomen.
Ada takda dapat servey pergi tengok keadaan tadika time aku mc atau el saja.
Dalam cari mencari tu ada 4 tadika yg dalam perhatian.
1. Tadika Myzara
2. Tadik Raudhatul Iman
3. Tadika Al Fateh
4. Tadika Imn
Tu aku susun mengikut aku rasa better dan ber-sesuai-an dengan dedek.
Cumanya. Complicated sikit. Pasal kebanyakkan tadika ni dorang bukan pure tadika tau. Dorang ekceli lebih kepada pusat perkembangan minda. Which is pusat macam ni dorang ada nursery & transit. Dan kebanyakkan tadika melayu ni ber-operasi kat rumah kedai. Dannnnn tu salah satu faktor yg aku kureng soka since zaman aku cari kindy untuk abam. Aku rasa umah kedai... buat skolah??
mai maiii Boringgggg. Hahahahahhahaha
Bukan apa. Dari segi pemandangan memang out. Untuk permainan pon kureng. Limited kan kawasan. Paling kuad pon ko bole ltk slide saje kat kawasan tu. Selebihnya lapang sajaaaa. So aku rasa environment tu membosan-kan. Kata zaman kanak2 adalah bermain. Kalau space pon ala2 ajeeee. Asik mengadap slide dan tengok tembok kaler2 memang membosankan. Aku rasa laaa. Kot ada principal kindy yg baca blog aku ni. Jangan sentap tau. Hanya pandangan peribadi. Bukan aku cakap tak bagus. Cuma tula...takda pemandangan hijau senang kata.
Atas sebab alassan tu laaa pilihan susah sangat2 nak buat. Satu lagi berapa ramai dalam kelas untuk umur 6 tahun. Dan silibus kindy tu sendiri.
Dedek dah pernah skolah since umur 4 tahun. Dia dah pernah masuk kelas yg kelas ada 15 orang. Dan 12 orang dalam kelas. Nak kata terbiar. Ya jugak. Almaklum dedek kan. Sapa lambat. Bai baiii.
Tiada kosa ticer nak tunggu. So aku tanak begitu. At least. Ticer boleh bg perhatian pada dia. 1 to 1 sesi utk dedek cover pembelajaran dia yg dia tak dapat catch up. Terutamanya spelling, reading,counting & coloring.
Semua kindy yg aku senaraikan tu semua sudi terima dedek. .Tu syukur sangat. Alhamdulillah sangat2. Pasal rata2 aku dengar dan baca banyak kindy tamo terima budak macam dedek.
Tapi untuk penguasaan dorang konpiden boleh guide dedek. Walaupon tak secemerlang budak yg genius. Tapi boleh catch up untuk dia bersedia bila masuk darjah 1 nanti. Tuuuuuuuu la harapan aku.
Lastye. 31/12/2017 last servey. Keputusan sudah dibuat untuk ke Myzara Mutiara Rini. Jauh ok. Pagi2 nak menuju ke Taman U..... adalah bercinta! Jemmmmm. Tu yg macam berat hati en abe nak restukan keputusan aku.
Still berpusing lagi area Taman Teratai sebelum pergi ke Myzara. Allah penentu segala. Allah yg gerakkan semuanya. Alhamdulillah. Pusing2 sebelum keluar dari Tmn Teratai. Tetiba terperasan 1 kindy baru area situ. Pernah nampak. Tapi tak pernah terdetik nak pegi or servey situ. Terus ajak en abe stop kat situ. Tengok pintu katop. Try wasap..... Ropanya ticernye ada kat atas.
Oooo sebelum aku wasap tu aku try gugel dulu kindy ni. Pasal tak pernah dgr and tak pernah tau pasal tadika ni. Entah cana ropa dan cana cara pengajaran pon aku tak tau. Sekali tgk FB.
Wowwww menariknya tadika ni. Walau kat atas rumah kedai. Tapi surrounding kindy tu menarik saaaaaangat! Very colorful!
Paling suka tempat belajar, tempat makan, tempat bermain adalah lain2. Tak suka situla tempat belajar. Situla tempat main. Cumanya kureng kat sini bila aktiviti dia bercampur dr sekecik2 budak sampai ke besar2 budak.
Untuk kelas K2, Hanya 6 orang budak. Dan cikgu pon willing tu extra-kan 1 hour untuk 1-1 session dgn dedek untuk revision dgn dedek.
Diskus punya diskus. Dari jam 4 petang sampai 6.40petang. Fuhhhhhh gila lamaaa ko berdiskus. En abe pon macam soka dgn tadika ni. Dan dia kata dekat. Senang nak ulang alik. Budak pon tak ramai. Ticer pon willing to buat extra class utk dedek,. Takpa laa. Kita tawakal anto dedek kat sini.
Tadika ni ikot konsep macam al baghdadi. Tu hari al baghdadi ni pon ada tersenarai dalam list gak. Tapi pasal dia takde class half day. So terkeluar la dia dari senarai.
So far dedek suka gila skool kat sini. Sampai hari cuti ponnnnnn di nk go akhil jugak. Nak go skool mama. Punya kemaruk. Lagi best, bila kita cakap " dedek kat skool fokus, writing, reading,coloring,counting leklok tauuuu" Dia jawap " ok mama...play? ada?" ewahhhh diaaaaa
List bayaran untuk tadika di Johor Bahru 2018. Mana yg murah tu pasal takda beg la. Yuran konvo belom masuk lagi. Kalau macam Myzra dia dah inc all. So nanti time convo ko dah takda kena mintak duet lagi. Kecuali duet baju untuk buat persembahan. Dan tak termasuk fees Januari 2018
Untuk kat Akhil-Tech ni. Yearly fees dia RM980 + RM250 untuk January fees. So total RM1230. Tu blom lagi untuk convo yeeeeeeeeeee. Kang untuk convo utk sewa wall. Baju bajan... haih!
Dan kat akhil tu ko boleh pilih nak sesi yg mana. Itula monthly feesnye yg ko kene bayar sepanjang tahun 2018. Dasat betol kan tadika sekarang ni. Mahal amat. Kalaulaaaaaa Allah izinkan dedek masok KEMAS or PRA.... konpem aku masukkan :)
So tu saja cerita untuk hari ini. Tentang pemilihan tadika untuk Qeushairy. Anakanda bijak aku nan sorang ni :)
No comments:
Post a Comment