Dan macam biasa end year adalah time holiday dengan whole family aku.
Tapi untuk this year aku tak join along. Dorang pegi pahang. Cek in homestay. Then pegi gambang waterpark katanya.
Since along dah inform awal nak ke pahang dan aku pulak tak follow atas sebab kekangan financial end year yg mcm crucial amat. So plan ingat nak bawak pegi laut aja atau somewhere hotel yg ada bathtub around johor untuk hepikan hati anak². Nak dijadikan cerita, dok scroll fb ternampak la kawan aku update pasal promotion school holiday with KSL.
Then terus wasap en abe. Cakap jom cek in sini. KSL ada waterpark. Lepastu bilik dia pon ok la reganya. Nice amat. Mandangkan normal rate KSL ni mahal, bagi akula why not pigi sini. So en abe kata proceed. Aku pon roger la member aku yg keje kat situ. Dan suruh booking-kan sekali.
Cumanya, promo ni tak termasuk bekpes. Dan tak boleh masuk time weekend. Weekdays only.
So cantikla tu. Along pon pergi hari kamis. So aku decide cek in kamis. Cek out Jumaat. Owhh utk waterpark free. Cuma aku tak sure utk bapa org. Tapi standart 2 adult 2 child.
Gerak dr rumah pon jam 2 lebih kot. Pegi makan dulu. Then baru hegeh pegi ke KSL. almaklum dalam JB jurrr. So takpayahla rushing sangat. Katanyaaaa.
Sampai sana. Register bagai. Oooo utk promo ni takda upfront payment. Just bayor saja rm180/night.
Ramai gileee manusia. Maybe sama macam aku gak. Orang JB yang menggunakan peluang yg hado kan.
Room pon selesa gila la untuk aku se-family. 1 katil queen. 1 katil single. Yang single bed tu laki aku turunkan. Yela 2 beradik tu nak tido ada tergolek sapa yg tido tepi sekali 😂
Lupa pulak nak snap kondisi bilik time memula tu masuk. Owhhh lg 1 jamban kat KSL ni tade host pipe utk kau basuh kencing berak ye. Yang hado hanya pancit yg kat dalam bowl tu saja yg hado. I is stress tau bab tuuu. Hahahah rasa tak puas cuci pakai bendealah tu je. Paling boring time dedek nak kencing laaa. Payah oiii. Kalau abam dia dah reti sikit. Itupon asik tersasar abes la basah baju seluarnyaaaaaa.
Malam kuar dinner pegi ke boatnoodle kat pasar karat tu. Entah apa kenama dia. Ingatkan banyakla pilihan mcm kat boatnoodle biasa tu. Rupanya alahaiiii. Dahlaa makanannya so so saje. Tidak la sedap sangat. Indah gambar dari realiti. But tom yam dia bole tahan. Lain²? Memang tak tahan😒
Balik dinner tu en abe pegila cari apa² yg patot utk anak beranak alas perut. Roti je la selayaknya. Pasal nak keluar or tapau macam tak sempat nak melayan kanak2 riang tu.
Plannya petang time cek in tu nak bawak bebudak ni pegi park. Sekali hujan turun lebat selebatnya. Sampai ke maghrib barulaaaa reda hujannya.
Sudahnya esoknya je la ye anak². Masing² dah menggelupur nak main air. Terpkasa tenangkan masing². Nak² dedekla. Dia punye berzikir nak pegi main air tu boleh tahan la jugak.
Pool bukak jam 9pagi. Park bukak 10pagi. So aku suruh en abe bawak bebudak ni pegi pool dulu. Kang dah bukak park tu. Pegila kesana. Bukan jauh lagi pun. Sebelah menyebelah saja. Aku tak folo. Pasal malas nak menukor baju. Maka gambor kat park memang nan hado.
Tak lama pon rasanya dorang main kat park. Pasal dedek dah menggigil kesejukan katanya. So dorang naik around 11 kot. Mandi². Just siap². Ingat nak request late cek out. Sekali dapat sms dari shopee printer yg aku order on the way nak anto. So nak tanak kene cek out dan² jugak.
Ni sementara tunggu en abe siap. Mohla anak² kita swafoto.
Haishhh entah camna boya ni tertinggal pulaaaaaaaaa😑
Kasik channn la ye... Owhhh ni pon kira annivesary treat laaaa katanyaaa.
Mama babah harap awak orang hepi dan bersyukur dengan apaaa yg awak orang dapat untuk cuti sekolah 2017 ni.
Budak noti lagi chicky niii
Last but not least. Hahahahahaha
Owhhh ada nampak member aku update. Promo extend to 31/3/2018.
So JOHOREAN! bole la grab promo tu untuk cuti sekolah bulan 3 nanti. Aku pon dah ngendeng kat en abe pasal ni. Hint2 macam setuju. Hahahahahah. Harapnya dia tak lupe la keputusan setuju dia tu.
Sampai jumpa lagi lain ceritaaaaa
No comments:
Post a Comment