Jun 11, 2021

PKP 3.0


Fuuhhhh fuhhhh. tiup habuk yang bersarang nihhh.

Last posting PKP 1.0... sekarang dah masuk PKP 3.0.

Sementara tunggu dedek siapkan writing dia. Bukak jap blog bersawang ni.

Macam macam hal sekarang berlaku kan?

Nak jugakla tepek sini, pasal ayah kena swab ada contact rapat dekat semejid. Alhamdulillah result negetif.

Dan diri sendiri jugak kena swab, tetiba badan rasa tak sedap. Hilang semua deria rasa. Nak kata demam..tak jugak... Selsema batuk pon light light saja. Sendi semua rasa sakit. Lepastu disertai rasa berak berak.

Tapiiiii part hilang deria rasa tu memang saspen betol ko! Walaupon ayah aku ada contact rapat, dia takde simptom apa apa. Tetiba aku ni, takde contact dengan sesapa. Hanya sebab mencarik penyakit sendiri aka merayauuuuu je kerjanya. Haaaaa baru ada rasa cuak khensssss. Lagi sekarang sebuk dengan pelbagai jenis varian. Sporadik sana sini. Yang takde contact, yang takde simptom. Tau tau demam jap. Lepastu mati!

Sebelum gi swab tu,,, memang orang dalam umah ni panik la.Hari hari kena kemam cengkih, minum limau madu suam, steam hidung + tekak dengan cengkih. Supplement? Jangan kata la.... Segala jenis yang aku belikan untuk ayah, tetiba aku kena makan ikut time :)

Bila dah dalam 5 hari tak ubah ubah deria rasa aku tu, aku nekad la kena pergi swab. Aku risaukan anak anak aku. Aku risau mami ayah. Tak pasal pasal ajeee nanti. Dari hati susah, risau covid ke...bukan keeee. Maka aku pon buatla swab test. Cari punya cari yang murah jumpalah private klinik kat Taman Sri Orkid. RM190 ku leburkan untuk dapatkan kepastian.

24 jam dapat result. 'Not Detected'!! Fuhhhh lega gileeeee ko hati niiii. Allah aje yang tau. Kalau tak memasallll je la. Anak, mak ayah... laki lagi nak gi kerja.

Tapi dengan asbab tu, kurang la sikit keinginan ko nak merayap sana ninun dengan alasan nak cari keperluan hidup. Kahkahakahkah.

Oklah korang, dedek dah siap writing dia, aku pon nak solat zohor nak makan bersama anak anak.

Korang stay safe. Dok umah dendiam jangan merayap! Jaga SOP. Covid bebetol menyusahkan hidup kita. Makaaaaa kita jaga diri kita, jangan kasik channn pada kobid ni.



Apr 14, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


Haiiiiii everyone :)
Lama tak tulis tulis kat sini.
Geng geng blogger pon lama tak nampak.
Bz dengan kehidupan harian.
Takda masa nak hoyeh hoyeh kat blog lagi.

Tapiiiii pengalaman PKP 2020 niii kena tulis kat sini sebagai kenangan bila umur sendiri dah  menjelang 50 /60 jika umur panjang. InsyaAllah.

Tapi memang tak sangka kan. Apa yang terjadi sekarang.
Berperang dengan virus yang kita tak nampak dengan mata kasar.
Duduk rumah. Tak bole kemana.
Nak keluar rasa was was.  Pasal kita tak tau siapa yang carry corona ni.

Dengan anak tak pergi sekolah.
Tapi en abe tetap kena pergi kerja.
Itu alhamdulillah. At least kerja hakiki masih ada. Means gaji seperti biasa.
Alhamdulilllah.
Yang penting berhati hati jela time kerja tu.
Lagipon time PKP ni dia tak banyak jumpa orang or residents.
Moga Allah sentiasa melindungi ketua keluarga aku tu.

Pasal anak anak tak sekolah.
Kalau abam tu aku ok je kalau dia pergi sekolah.
Dan lagi suka kalau dia pergi sekolah.
Pasalllll kat sekolah, aku tau dia memang kena belajar dan dia kena belajar.
No culas.
Kalau dedek, aku 50/50. Pasal.... bila dia pergi sekolah, aku risau.
Pikirkan macam macam apa yang dia buat kat sekolah :(
Tapiii bila dia dah duduk rumah je niii. Lagiiii aku risau.
Hahahahahahha.
Apa sebenarnya yang ko mau akish????
Entahlaaaa... Untuk dedek ni aku konpius2 sikit.

Aku?
Fuhhhhh tipooo la kata tak stress oiii!
Kena duk umah.
Kemas, tidur, marah anak, marha laki... upsssss :)
Marah kat diri sendiri.
Ituuu jela ulang2 sampai habis PKP gamaknye.
Oooo ada tambah, masak2 makanan yg tak pernah masak.
Buat kuih. Buat kek. Buatla apa2 yang patot patot yang boleh dibuat.

Ok dah tak tau nak tulis apa lagi.
Nanti sambung lagi jika ada kerajinan.
Posting tiada gambar. Pasal malas nak cocok USB


Aug 2, 2019

Bila dah lama tak update blog pakai PC, lain benor rasa. Habis habis nak buat posting baru pon lupa kat celah mana!

Sebenarnya baaaanyak gila nak cerita kat blog ni. Tapi tula. Nak cocok usb untuk gambar, nak tunggu loading. Bercinta rasanya.

Engkorang macam mana?
Maksud, kehidupan, pekerjaan, anak anak. Semua ok?

Esok dah hari sabtu. Aku ada wedding kat kota tinggi. Kawan sesama agen kawen. Haaa jangan tak tau. Sesama agen pon boleh jadi kawan. Ehhh ex agen satu produk dulu la. Sampai sekang pon masih keep in touch. Siap memasing bole jadi DS lagi mana yg jadi stokis. Support sesama member.

Nanti nak up cerita pasal dedek darjah 1 la kat sini. Kenangan akan datang. Nak up kat FB macam tak berapa syiok la. Pasal kat FB tu banyak negetif dari positif. Like a bila ko baca caption gambar someone adaaaa je yg nak kata buruk buruk.

Lagi 1 kat blog, kebanyakkannya readers or bloggers yg aku tak kenal. So boleh merapu lebih tanpa kesahkan sapa koran :)




I WARN!!

i have no intention to show off or provoke anyone in any matter.
jika anda terase dgn ayat2 yg dikeluarkan, please feel free to leave frm here....
diz is our life/ my own blog....diingatkan
DO NOT
ever copycat the idea of my backdated articles/photos WITHOUT my permission please...
if u'r posting any backdated entry of mine on u'r latest post..please keep my link credited..
Just be nice...

Happy reading...!!