Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Feb 2, 2016

Menangani Anak Yang Malas Belajar

hadif dia punye kerajinan ade time.
kalu mood ok maka tahap kerajinan dia pon ok.
bile kite suruh ok aje jawapan dia.siap tanye berape page nak ke study. kalu aku kate ok la 5 pages aje.
ok saye buat sampai 10 pages ye mama. ituuu kalu mood baek la.
kalu dtg mood dia ke laut.
dia punye merentan macam aku nak suruh pergi terjun bangunan dia punye taknak. buat tetap la kene buat of coz. tapi sambil mengomel la mulut dia.
baihhh baru 7 tahun dah begitu.
ok tanak bayangkan kalu dah naek menengah nanti!

so far dedek dia banyak ikot kelaku abam. dan of coz yg diikut tu yg malas.
banyak amat songeh.
banyak alasan.
pon same buat tetap kene buat tapi macam2 la..tergeliat sane sini.gatal tangan gatal kaki gatal rambut gatal semua-semua la!

maka aku nak tepek-kan kt belog ni utk rujukan aku sendiri dan share same korang.

**catatan bawah ni kredit to ==> - POWER PARENTING
Hakcipta Harta Intelek:  Segala bahan dan kandungan adalah Hakcipta MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.


"Ramai ibu bapa yang mahu anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan.  Namun masalah yang paling besar ialah memastikan anak-anak rajin belajar dan siap kerja sekolahnya.  Masalah malas belajar bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah.  Cuma ibu bapa perlu sabar dalam pendekatannya bagi menjadikan anak-anak mereka seronok dan rajin belajar.  Berikut adalah beberapa tips bagi merangsang anak rajin belajar.

  1. Anak malas belajar sebab mereka tidak tahu atau tidak sedar akan kepentingan pelajaran dan kesannya terhadap masa depan mereka.  Sebab itulah ramai anak-anak apabila ditanya apa cita-citanya, mereka akan keliru, tidak tahu atau tidak pasti.  Kalau mereka sebut pun cita-citanya, itu adalah sekadar di mulut sahaja.  Dia tidak benar-benar mengetahui dan mendalaminya.  Anak-anak apabila tiada matlamat dan hala tuju maka hilanglah salah satu faktor pendorong utamanya bagi belajar bersungguh-sungguh.  (Rujuk semula KELAS 6 yang lalu)
  1. Anak-anak lebih suka bermain dan berseronok.  Bagi mereka belajar itu itu membosankan.  Sebab itulah ibu bapa perlu jadikan belajar itu sesuatu menyeronokkan.  Usah memaksa anak belajar berjam-jam sebaliknya manfaatkan masa belajar dalam tempoh masa yang pendek tetapi berterusan.  Misalnya, belajar selama tiga puluh minit sebanyak tiga kali sehari lebih berkesan daripada belajar terus selama satu setengah jam.  Keseronokan belajar akan terbit apabila anak mula memahami apa yang dipelajari dan menguasai pelajaran dengan baik.  Oleh itu jika anak memerlukan bantuan untuk memahami dan menguasai pelajarannya maka bantulah dengan mengajarnya sendiri atau menghantarnya ke kelas tuisyen.  Tidak semua subjek anak perlukan bantuan oleh itu lihatlah subjek mana satu yang lemah.
  1. Tingkatkan skil belajar anak.  Anak-anak akan lebih seronok belajar apabila apa yang dibacanya faham, yang dihafalnya ingat, soalan yang latih dapat dijawab dan sebagaiinya.  Bagi mencapai tahap yang sebegitu mereka perlukan kemahiran belajar.  Kemahiran belajar ini boleh diperolehi melalui buku-buku atau hadir ke program motivasi.  Biasanya anak-anak akan belajar ikut cara mereka sendiri.  Cara yang mereka gunakan itu belum tentu berkesan dan terbaik.  Sebab itulah ibu bapa perlu dedahkan anak-anak mereka dengan kemahiran belajar yang betul.
  1. Tegas dalam mendisiplinkan mereka.  Disebabkan takut bertegas maka ramai ibu bapa gagal mendisiplinkan anak-anak mereka agar belajar mengikut jadual.  Anak-anak tidak hormati waktu belajar malah tidak bersungguh-sungguh ketika belajar.  Anak-anak akan lebih cemerlang apabila ibu bapa tegas memastikan semua kerja sekolah disiapkan dan ulangkaji dilakukan secara konsisten.  Tegas dalam soal belajar tidak membuatkan anak-anak hilang rasa hormat.  Asal sahaja dalam soal lain kita lebih bertolak ansur seperti waktu menonton televisyen, bermain, berkawan dan sebagainya.  Anak-anak akan faham bahawa apabila tiba waktu belajar, ibu bapanya tidak akan bertolak ansur dengan sikap yang main-main.
  1. Semak beg dan buku sekolah mereka.  Perkara mudah ini perlu dilakukan sebab ada ketikanya anak sering mengatakan yang dia tiada kerja atau tugasan yang diberikan oleh guru.  Dengan menyemak beg sekolah anak maka kita dapat mengetahui apa yang berlaku di sekolah.  Ada ketikanya guru menanda atau mencatat sesuatu dalam buku anak dengan tujuan ibu bapa menyemaknya.  Usah terkejut sekiranya kita mungkin menemui pelbagai bahan yang tidak sepatutnya dibawa oleh anak seperti rokok, pemetik api, bahan lucah dan sebagainya.  Dengan menyemak beg, anak tahu kita memang ambil berat dan ambil tahu apa yang dilakukan olehnya.
  1. Menjaga hubungan yang baik dengan guru dan pihak sekolah.  Sebagai ibu bapa, cuba cari peluang merapatkan diri dengan pihak sekolah.  Hadir di mesyuarat PIBG.  Ambil peluang pada hari bertemu guru.  Hulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk wang, tenaga, masa atau buah fikiran.  Elakkan dari sentiasa mengkritik dan mencari salah guru.  Jika ada sesuatu yang perlu ditegur cuba sampaikan dengan cara yang terbaik.  Tawarkan diri sebagai orang yang bersedia melibatkan diri sama ada sebagai ahli jawatan kuasa PIBG atau sukarelawan.  Ibu bapa yang rapat dengan sekolah membolehkan anak mereka mendapat perhatian yang lebih dan diberikan pelbagai peluang.  Anak-anak juga tidak berani melakukan sesuatu yang melanggar peraturan.  Mereka akan lebih fokus kepada pelajarannya.
  1. Sentiasa jangkakan kejayaan anak.  Sebagai ibu bapa usah sama sekali merendahkan kebolehan anak atau merasakan yang anak tidak boleh cemerlang.  Cari cara bagi membantu anak memahami pelajarannya.  Tidak ada seorang anak pun yang mahu gagal atau mendoakan supaya dia gagal.  Semuanya mahu berjaya cuma mereka tidak tahu cara.  Mereka buntu lalu wujudlah persepsi yang salah tentang kebolehan diri dalam minda mereka.  Ibu bapa yang tidak berputus asa mengharap rahmat Allah dan terus mencuba biasanya akan mendapat hasilnya.  Cubalah pelbagai cara dan kreatif dengan pendekatan.  Yakinlah bahawa anak kita boleh berjaya.
  1. Masukkan anak-anak ke program motivasi.  

so far aku tengah try la..walaupon tetap ade terpakse jadik raksasa gargon!
dan part no 6 tu belom dpt tune lagi.pasal tak dpt jumpe cekgu kelas abam.utk dedek so far ok la.

so korang...selamat meng-apply. chaiyok!!!!



Jan 25, 2016

cerite

#alhamdulillah pasal cuti bersambung hari ni sempena thaipusam.
seronot rasenye,
tapi kesian la abam.
asik dok tengok schedule dia nape dia kene sekolah dedek cuti.
kekekekkekeke.
tula susahnye johor ni.
cuti tak selaras.
ade cuti sabtu ahad.
ade cuti jumaat sabtu.
huru hara jadiknye.

2016 tahun yg aku nantikan penuh debaran.
pasal?
pasal 2016 tahun abam masok sekolah darjah 1.
pasal 2016 tahun dedek masok kindy.
which is 2016 adelah tahun yg saaaaaaangat memerlukan pengorbanan masa dan kemahuan sendiri.

2016 is starting la.
means pertama kali untuk merase macammane real kehidupan sebagai parents yg berkerja.
dengan anak2 yg bersekolah.

ok since dorang memang semua sekolah pagi.
aku lakik binik memang rushing tiap pagi.
kene pandai urus time.
kalu dop..memang kelaut.

memang tahun2 sebelom ni abam pernah skool.
cumenye sebelom ni aku kene uruskan abam seorang.
dan lakik aku kene siapkan bekal abam seorang.
dan time dia pon tak panjang.

starting this year, keadaan semua sudah tukar.
bangun kene seawal pukol 5.
paling lambat pon aku lakik binik snooze la sampai pukol 5.30.
aaaaaa...part lakik aku kene buat bekal.
dia ni ade huru hara sikit.
fail bab time management.
pasal dia tak suke set dr malam sebelom ape dia nak masak utk anak2 dia.
jenis dia, bangun teros kedapor tgk ape yg ade.barulaaaaaa hegeh nak pikir ape yg boleh dimasak dgn bahan yg ade.
taaaaakkkkk ke itu mengambek time nak siap.tgu dia termenung.nak dia bla bla & bla..
sudahnye abam dah siap dah kene tgu dia pulak.
lepastu tgk2 jam dah pukol 6.30...
6.30 dah nak kene hantar abam ke sekolah.
ateeeeeee itu pasal peeenat hakak membebel.
bile dah kene bebel.mule la tarik muncung...ketat aje muke.
itula masalah lakik aku..tak bole ditegur.
pehtu ungkal dalam kepale mak hoiiiiiii! besar yakamat!
hahahahahahahha
sabar ajelaaaaaa
tapi hakak tetap sayang lakik hakak.
mahapkan sayang B!
^_*

bangun pukol 5.30...
siap ape yg patot.tgu subuh sekali.
sekarang kan subuh lambat.
dekat2 pukol 6 baru subuh.so aku settle tu semua. baru aku kejut abam.
kejut abam.mcam biase. drama musti ade.
try la jugak jadik #ibupenyayang.
tapi kalu hari2 mau senak pundi mak nak menahan marah tu...

dalam pukol 6.15 siap.turun bawah.
siap2 makan utk breakfast.
aku ready kan beg bekal, beg sekolah etc etc.
while lakik aku pulak sambung siapkan bekal utk adik.
since dedek ni tak pandai makan sendiri lagi mi atau nasi.
dia kiteorg kene bekalkan bende yg simple2 yg dia bole hold sendiri.
macam nuget, roti, beskot atau ape2 yg senang la.

pukol 6.30 aku kene keluar hantar.
pasal jalan keluar kat taman aku tu kalu pepagi Ya Allah!
hazab jem dia!
kalu lakik aku hantor bole la lewat sikit kuor...
lewat tak lewat sangat la dalam 6.35 kene keluar dr umah.
then aku teros pegi keje.
merasela jd pekerja yg cemerlang lagi terbilang sampai opis pukol 7.20.

kalu aku tak anto abam, lepas tgk dia pergi,
aku naek atas mekap diri sendiri atau kasik dedek susu.
after gedbak gedebuk...kemas bilik aku kemas bilik anak2...
pukol 7 kasik dedek mandi semua.
pukol 7.15 kasik breakfast.
pkol 7.30 anto dedek pulak skool.
time ni...after lakik aku anto abam pegi sekolah.
dia breakfast. takpon tido sekejap.
ye la dia keje masok pukol 4ptg.
settle amik anto abam & adik ke sekolah baru pegi keje.
balik keje pukol 12am.
pukol 5 dah nak kene bangun.
maneeee la tak sangap lakik aku tu...
hihihihihihi

aku hantor dedek dalm kol 8 baru aku gerak ke opis.
dan konpem lambat la aku sampai opis.
pasal tak sampai hati tinggalkan dia.
sadis tau nak tgl kan dedek kat kindy.
haihhhhhh bukan berdoa takat dedek je.
mohon doa aku pon diberikan kekuatan jugoks!

sampai opis musti dlm kol 9.
dan pukol 12 aku dah lemau.
aku mesti kene tidor hoiiiiii...
kalu dak malam sian anak2 aku kene tempias meroyan aku.
dan aku kene spare sikit tenaga utk malam utk aku spent time utk anak2.
utk bebual sikit dgn dorang.utk tgk beg2 dorang.tgk homework dorang.buat revision sikit utk dorang.
pukol 8.30 @ 9 musti kene naek atas tidor.

pasal...kesian kat abam, waktu siang dia full!
dr pukol 6.30pagi  sampai le ke 6.30petang.
so kene kasik dia rest awal.
kesian jugak kat dedek.
tak masal pon dia kene bagun pukol 6 jugak pasal dengar abam dia dok memekak pagi2 buta.

begitu la sehari2...start dari hari isnin sampaila khamis.

hari jumaat ade lega skit. sikit la.
abam cuti. bole la bangun pukol 6.45.
siap2 kejut dedek semua...kol 7.30baru gerak.

rutin ahad same dgn jumaat.hari sabtu je la bole lajak rileks after solat subuh.
pasal 2-2 pong cuti.
jumaat dedek sekolah abam cuti.
ahad abam  sekolah dedek cuti.
maka rest day aku anak beranak hanye la hari sabtu.

begitula seterosnyeeee sampaila dorang naek menengah nanti.
fuhhhhhhhhhhh



I WARN!!

i have no intention to show off or provoke anyone in any matter.
jika anda terase dgn ayat2 yg dikeluarkan, please feel free to leave frm here....
diz is our life/ my own blog....diingatkan
DO NOT
ever copycat the idea of my backdated articles/photos WITHOUT my permission please...
if u'r posting any backdated entry of mine on u'r latest post..please keep my link credited..
Just be nice...

Happy reading...!!