Hati ni dari 9/3/2022 asyik berdebor aje.
Memacam rese hado.
Serba tak kena.
Mehla kita recap dari mula. Asalnya memang tak bajet langsong untuk aku masukkan Hadif ke sekolah serama. Memula baca dari blog Diana. Anaknya Budazah masuk MRSM. Bila baca blog dia, terasa hati nanti nak try abam la masuk sini. Tapi sampai satu part, iaitu bab yuran, terus rasa terkedu. Alamak aiiiii..mahalnye yuran dia. Macam nak masuk 'U' gamaknye. Terus dalam hati' takpela bam...sekolah je la sekolah EC'.
Tapi start dari PKP 2020, dak abam darjah 5. Aku join gorup ibu bapa sekolah serama penuh ni. tetiba rasa macam excited bila baca posting mak-mak yang ada kat group tu.
Teringin pulak nak mencuba untuk dak abam. Time tu dalam hati kata kalau dapat...Alhamdulillah. Akan dipikir kendian macamana cara tindakan selanjutnya. Kalau susah sangat, kita tolak. Kalau tak dapat, oklah maka aku tau tahap abam dimana.
Masuk 2021 tak ingat bulan berapa, aku all out cari seoalan-soalan PKSK dan UKKM. Dan aku suruh dak abam all out untuk buat latihan maths,sc,bm dan bi. Masukkan tuisyen maths bahasa melayu. Since UPSR dah dimansuhkan.
Bila dah macam tu, aku pon baru tau maths tu ada maths kangaroo la, kbat yang memang aku rasa...oiiiiii annoying-nye matematik ni :)
Dak abam pulak walaupon boring kena push asyik buat latih tubi, buat karangan, tapi tetap la dia buat kasik siap. Alhamdulillah. Anak yg soleh. Mungkin takut omaknye naik hantu. Baikla dia siapkan...
Gedebak gedebuk, bulan 12, exam UKKM kat MRSM JB. Siap bagi upah bawak jenjalan pegi Batu Pahat sebab sudi pergi menjawap exam UKKM demi mengikut kehendak omaknya.
Katanya soalan UKKM adalah senang. Sebab soalan dia direct kepada akedemik style. IQ sikit-sikit aje dalam soalan tu.
Bulan 1...lepas huru hara pasal tempat ujian, lepas aku kena covid, dak abam kena pegi ujian PKSK pulek.
Kena kat SMK Senai. Keluar dari tempat ujian, soalan dia banyak soalan IQ. Hambek! Soalan akedemik ada. Tapi tak banyak. Susah sikit..
Alamak... mak dengar... okla... dah try the best kan...
28/2 keluar result penempatan sekolah harian. Hadoiiiii sekali sekolah EC yang aku apply kan untuk abam tak dapat daaaa. Sekali dicampak ke SAB sana. Memang idoklaaaa aku nak. Dahle 1 jauh...lepastu dia lebih kurang SMK biasa. Kalau dah biasa.. helokla sekolah area rumah saja.
1 hal nak kena tukar penempatan puloks. Turun naik SAB, PPD dan SMK Pulai Perdana. Alhamdulilllah. Settle pasal SEKHAR... 9/3 result UKKM pulak keluar...
Sehari sebelum 9/3 tu, memang dah bedebor nak menanti hari esok... maka solat la aku macam biasa.
Ingat lagi time hujan turun lebat gile...Lepas solat zohor tu, aku doa...dan doa..Terselit sekali doa...yang aku redha..apapon keputusan UKKM tu. Aku kata, aku tau yang mana Hadif dan aku perlukan, itu yang Allah akan bagi. Habis doa semua, aku pon landing kat katil. Sambil landing kepala otak aku kata... kalau abam tak dapat MRSM ni, aku nak pegi holiday la. Nak ke Lakeview. Nak menikmati pemandangan tasik kat situ. Siap plan nak ambek 2 bilik..bla bla bla dan blaaaaaa.
Sekali tingggg naik sms.
Aku tengok dari MARA....
Melompat weeiiii aku dari katil... Tengok sms tu. Time tuuu berjurai air mata kesyukurannn. Tak dapat gambarkan cana hati dan perasaan aku cana. Terus call laki aku. Bagitau result tu. Macam biasala ... Alhamdulillah..Syukur kata laki ku.
Esok hari baru aku bagitau abam yang dia dapat offer dari MRSM. Dan reaction abam....
ooo ye kee??? okkk.
Lepastu sambung berdebor menanti 15/3 result pksk pulek. Tepat 12.32am 15/3 aku try cek...
Bangun terus buat sujud syukur. Esok tanya dak abam dia nak pegi MRSM ke SBP?
Jawap dia "SBP".
Aku pon kaji punya kaji...SBP ada Bahasa Antarabangsa. MRSM takda. So lagi kuat la abam ni nak ke SBP de,i mengejar cita-cita nak jadok guru besar di SJKC. Korang aamiin-kan ye. Moga tercapai cita-cita dak abam ni :)
Now dak abam tengah ber-pdpr dengan SBP... Boleh tahan jugak eh....Takde penerangan takde apa...latihan pengukuhan terus bagi... Gasak. Moga diterangkan hati Hadif Adam & Hadith Qeushairy.
Aamiin ya Allah ya mujib.
1 comment:
MashaAllah. Alhamdulillah. Tahniah. Moga terus berjaya dunia akhirat. Aameen YaRabb.
Post a Comment