Pengalaman mendewasakan kita. Gituk.
Tak taula pernah cerita kat blog atau tak pasal abam dulu yang selalu aje nampak hantu/setan dimana dia berada.
Untuk merdeka 2017 ni, kan cuti sekolah dan memang cuti panjang. Kene hari rabu malam khamis. So bole la pergi overnight anak beranak.
Macam biasa la. Plan gila selalu memang dari aku selalunya. Dan selalunya aktiviti sekeluarga ni selalu last minit dan unplanned. Tau² je "b malam ni nak pergi karoks dengan celebrate merdeka"
Nak tanak en abe folo sajelaaaa😄
Memule tu pergi karoks dulu. Aktiviti ni pon last buat time abam baby. Dalam 8 ke 9 bulan. Mak bapak dok melalak kat bilik karoks. Dia syok melantak membuta. Aaaa bagus naw anak ni kan. Tapi entah kenape rase tak dan nak bawak anak walau dulu abam behave aje.
Sekarang 2017 dah ade dedek. Dengan abam umur 8 tahun. Dedek 5 tahun. Boleh tahan jugak huru hara dia. Memasing nak menekan monitor lagu tu. Memasing nak pegang mic. Sabaaariah ajelaaaa. Sudahnye bagi henpon. Tengok katun diam². Mak apak nak melalak ni😊
Tak lama pon. Melalak sejam aje. Pasal keluar pon dah jam 9 malam. So by 10.30 dah abes. Abes tu terus aje pergi puteri harbour.
Faktor usiaaaa. Tapi kehendak lagi menguasai yg lain².
Tepat jam 12 pagi bunga api ber terabur la kat awan. Abes je tu moh la anak² kite pulang kerumah.
No comments:
Post a Comment